top of page
Tharma Pillai

Kini, beliau lantang berjuang untuk memastikan keterlibatan anak muda dalam penentuan kepimpinan negara. Jelas sekali bahawa umur beliau bukanlah 18 tahun.

Tharma Pillai

Mengilham Harapan 2021

Kenali speaker Mengilham Harapan tahun ini melalui saluran YouTube kami!

Tharma Pillai sebuah nama yang mendapat perhatian ramai melalui gerakan Undi 18. Beliau merupakan pengasas bersama bagi Gerakan Undi 18. Tharma Pillai juga tersenarai sebagai “2021’s Forbes 30 Under 30 Asia List” atas perubahan sosial yang dibawakannya. Parlimen Digital yang digerakkan olehnya merupakan sebuah inisiatif melibatkan sidang parlimen secara maya telah membuka mata ramai pihak akan kepentingan untuk mempunyai sistem demokrasi yang bersifat inklusif terhadap anak muda sehinggakan sidang tersebut disaksikan secara langsung oleh 500,000 orang. Tidak hairan sebenarnya jika direnungkan mengapa inisiatif
beliau mendapat perhatian ramai pihak kerana Parlimen Digital yang melibatkan masyarakat umum merupakan yang pertama di dunia.

Beliau berpendapat bahawa gerakan ini adalah penting untuk memekarkan lagi prinsip demokrasi yang meluas dengan meningkatkan keterlibatan anak muda melalui #UndiSaksama yang memastikan setiap undi adalah sama nilainya tanpa mengira tempat, #111intiative yang
memperjuangkan penglibatan wanita dalam parlimen serta politik dan #Senate18 sebagai kempen untuk menurunkan hak kelayakan umur seorang senator sehingga 18 tahun. Di samping itu, kesedaran menjaga alam sekitar turut menjadi penekanan oleh beliau melalui #MyHutan. Asas kepada gerakan beliau adalah bipartisan.

Beliau percaya bahawa anak muda merupakan khazanah negara kerana anak muda yang akan melibatkan diri dalam pembangunan negara dan menentukan masa hadapan negara tersayang kita, Malaysia. Kini, beliau lantang berjuang untuk memastikan keterlibatan anak muda dalam penentuan kepimpinan negara.

bottom of page