top of page
Ryanalysa Lai

Perhaps learning to look out for each other is what we need especially in these trying times when our country is struck hard by the pandemic.

Ryanalysa Lai

Mengilham Harapan 2021

Kenali speaker Mengilham Harapan tahun ini melalui saluran YouTube kami!

Ryanalysa Lai, atau lebih dikenali sebagai Lysa oleh rakan sebanya, merupakan seorang pelajar perakaunan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lysa dilahirkan dan dibesarkan di Negeri Sembilan dalam sebuah keluarga yang dapat memberikannya pelajaran dan kehidupan yang baik. Walaupun Lysa dapat menikmati kehidupan yang cukup selesa, Lysa percaya bahawa terdapat orang yang sedang menghadapi kehidupan yang susah termasuklah pelajar-pelajar universiti. Lysa peka bahawa terdapat pelajar-pelajar yang tidak bekemampuan yang sanggup untuk tidak makan bagi memastikan mereka boleh meneruskan pelajar di universiti. Keprihatinan Lysa terhadap isu ini telah mendorongnya untuk giat melakukan aktiviti kesukarelawan semasa menuntut di UKM.

Pada tahun 2018, Lysa telah menyertai projek “Food for Mahasiswa” yang kini dikenali sebagai Persatuan Kasih Mahasiswa Malaysia (KASISWA). Setelah dua tahun berjuang dalam KASISWA, Lysa telah dilantik sebagai Presiden KASISWA. Dalam tiga tahun Lysa berada dalam KASISWA, beberapa program untuk membantu pelajar-pelajar UKM yang tidak berkemampuan untuk mendapat akses kepada bekalan makan yang berkhasiat dan barang keperluan seperti pad wanita telah diwujudkan. Lysa juga membantu dalam intiatif untuk menyediakan “Food Bank” di UKM agar pelajar-pelajar boleh mencapai keperluan harian mereka dengan mudah. Food Bank KASISWA merupakan idea yang unik kerana ia dibina berdasarkan suatu sistem kepercayaan dan amanah antara pelajar-pelajar berkemampuan dan pelajar-pelajar kurang berkemampuan di UKM. Menerusi sistem ini, pelajar-pelajar UKM dapat membantu antara satu sama lain untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka sebagai pelajar di UKM.

Lysa bersama-sama rakan seperjuangannya di KASISWA percaya bahawa setiap orang pelajar perlu mendapat keperluan harian yang cukup agar mereka dapat hidup dengan selesa dan menumpukan masa mereka dalam akademik dan pembangunan diri mereka. Mereka juga percaya bahawa seseorang pelajar jika mempunyai kehendak boleh membantu pelajar-pelajar

yang menghadapi kesusahan. Ini bagi Lysa dan teman- teman seperjuangannya merupakan salah satu cara untuk kita empower pelajar lain. Kini Lysa ingin berkongsi pengalamannya dan juga idea-idea yang telah dijalakan dalam KASISWA kepada masyarakat setempat agar ia boleh diambil sebagai pengajaran dan pendoman untuk kita semua berusaha untuk membantu antara satu sama lain.

bottom of page