top of page

Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam

Mengilham Harapan 2021

Kenali speaker Mengilham Harapan tahun ini melalui saluran YouTube kami!

Seorang tokoh akademik yang begitu sebati serta tidak asing lagi dalam bidang bahasa Melayu. Secara rekod, Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam atau lebih mesra disapa sebagai “Dr. Rama” oleh orang sekeliling dan anak didik beliau, merupakan salah seorang Munsyi Dewan (bahasa) dan penerima Anugerah Sahabat Citra DBP. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu DBP. Yang menariknya, bidang kerjaya beliau berlatarkan undang-undang dan bukannya dalam bidang bahasa Melayu.

Dr. Rama banyak melibatkan diri dalam memberikan latihan dan ceramah tentang penggunaan bahasa Melayu kepada pelbagai institusi di Malaysia, termasuklah Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, kementerian dan institusi pengajian tinggi. Identiti beliau cukup sinonim dengan identiti kebangsaan. Meskipun beliau bukanlah anak Melayu, namun kefasihan dan kepetahan beliau berbicara dalam bahasa Melayu membuatkan pendengarnya kagum akan kebolehan beliau.

Pada masa yang sama, beliau sering menampilkan pakaian tradisional masyarakat India dalam urusan harian seperti Kurta dan Sherwani. Kepelbagaian budaya yang ada dalam seseorang individu mencerminkan ketertinggian penghargaan budaya. Dr. Rama percaya bahawa Bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan Malaysia mempunyai keindahan yang unik dan merupakan alat untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

bottom of page