top of page
Dr. Irma Shida
Abu Samah

Sehingga kini, Dr. Irma masih berusaha dalam memajukan perniagaannya dan pada masa yang sama berkongsikan ilmu dan pengalamannya kepada orang lain dengan harapan bahawa masyarakat setempat terutamanya anak muda boleh menjadikan pengalaman beliau, sebuah inspirasi.

Dr. Irma Shida

Mengilham Harapan 2021

Kenali speaker Mengilham Harapan tahun ini melalui saluran YouTube kami!

Dr. Irma Shida Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai Dr. Irma berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan seorang alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian di Fakulti Pergigian UKM.

Dr. Irma setelah bertahun berhempas pulas untuk mencapai impiannya kini telah menjadi seorang ahli usahawan berbagai bakat yang berjaya. Pengalaman yang diperolehnya dalam mengusahakan Klinik Pergigiannya telah menjadi batu loncatan bagi beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kini, beliau mengusahakan beberapa syarikat dan juga perniagaan termasuklah Klinik Pergigian Irma Ariandi, Dr. Irma Skincare and Cosmetic dan Dr. Irma Entertainment. Dr. Irma juga dikenali umum kerana berjaya menempuh pelbagai cabaran dan stigma masyarakat Malaysia bahawa seseorang wanita tidak akan berjaya apatah lagi dalam bidang keusahawanan. Kejayaan Dr. Irma yang juga merupakan seorang ibu kepada dua orang anak terus menjadi inspirasi kepada wanita-wanita lain yang ingin mengejar impian mereka.

Namun begitu, perjalanan Dr. Irma ke arah kejayaan bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Dr. Irma percaya bahawa misinya untuk mengejar impiannya bermula daripada kehidupannya sebagai seorang anak muda di dalam sebuah rumah kayu. Beliau pada ketika itu membina kerjayanya dengan tiada sumber ekonomi dan sokongan aset yang memuaskan. Sehingga kini, Dr. Irma masih berusaha dalam memajukan perniagaannya dan pada masa yang sama berkongsikan ilmu dan pengalamannya kepada orang lain dengan harapan bahawa masyarakat setempat terutamanya anak muda boleh menjadikan pengalaman beliau, sebuah inspirasi.

bottom of page