Dr Maskiah Masrom

Dr Maskiah yang bertugas sebagai Dekan Sekolah Pendidikan di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim, sebagai anak Johor pertama, atau wanita Malaysia pertama yang menulis syair berkaitan institusi diraja dalam bahasa Melayu.

Dr Maskiah Masrom

Penyair, Penulis

Pencapaian beliau yang dianggap paling istimewa adalah apabila beliau menulis karya syair diraja bertajuk Syair YMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum pada tahun 2017, yakni usai ditulis pada tahun 2018. Terdapat tujuh tajuk syair yang terdapat di dalam buku ini iaitu (i) 'Syair Menjunjung Kasih' (100 rangkap), (ii) 'Syair Keluarga Diraja Johor' (133 Rangkap), (iii) 'Syair Adat Istiadat Kemahkotaan' (158 rangkap), (iv) 'Syair Kembara Mahkota Johor 2001-2017 (225 rangkap), (v) 'Syair Ceritera Dato' Abdul Rahim bin Ramli' (177 rangkap), (vi) 'Syair Istana Flinstones' (167 rangkap) dan (vii) 'Syair Menjunjung Titah' (140 rangkap).

Penulisan syair berkaitan institusi diraja Johor dilihat semakin berkurang, malah boleh dikatakan telah mati selepas kali terakhir ditulis oleh Na Tien Piet dan Peranakan Lingga yang mengagungkan Alamrhum Sultan Abu Bakar pada akhir abad ke-19. Hal ini menjadikan Dr Maskiah yang bertugas sebagai Dekan Sekolah Pendidikan di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim, sebagai anak Johor pertama, atau wanita Malaysia pertama yang menulis syair berkaitan institusi diraja dalam bahasa Melayu.

"

"